Follower

Friday, April 2, 2010

wiiiiiduri~weeeduri


tajuk di atas tiada kena mengena dengan yang hidup
sebab tiada motif yang khusus untuk diberi
namun kehidupan perlu diteruskan

mari berfikir sejenak tentang kehidupan kita
adakah kita sedang di jalan yang betul untuk mencapai cita-cita?
adakah kita berusaha keras untuk mencapai cita-cita tersebut?
persoalan lazim yang biasa ditanya apabila memuhasabah diri
apakah kita cukup bagus untuk mencapai cita-cita tersebut?
mungkinkah cita-cita tersebut dapat direalisasikan
hanya dengan usaha kita sekarang ini?

apabila ditanya tentang chienta
(aku bukan mat jiwang.. huhu)
tidakkah chienta mengganggu tumpuan kamu untuk mencapai cita-cita?
chienta untuk segala-galanya bagi seseorang yang obses
namun penahkah kita terfikir tentang akibat chienta?
kemungkinan untuk kamu gagal itu banyak
kerana chienta lelaki-lelaki sanggup bergaduh
kerana chienta perempuan-perempuan putus sahabat
kerana chienta pelajaran entah kemana
(p/s untuk orang yang obses dan x dapat mengawal perasaan)

apabila bertanya tentang sahabat
adakah kamu sahabat terbaik?
adakah kamu memilih sahabat yang betul?
adakah kamu sanggup buat apa sahaja demi sahabat?
atau lebih spesifik adakah kamu sahabat sejati?
persoalan yang akan tiba-tiba menerjah apabila kamu keseorangan
ketika kamu di perantauan
tiada ahli keluarga yang terdekat
tapi perlu diingat
sebaik mana kamu bersahabat
apabila kamu terlantar sakit, sahabat  yang paling baik pun
hanya menjenguk sekali dua
siapakah yang bersusah payah menjaga kamu nanti?

inilah kepentingan keluarga kepada kamu
sebaik mana kamu bersahabat
setulus mana kamu bechienta
apabila kamu sakit terlantar nanti
hanya keluarga yang akan menjaga kamu siang malam
hanya keluarga yang risau tentang keadaan kamu
kekasih?
jikalau kamu cacat
adakah beliau akan setia pada kamu?
walaupun kamu pernah berjanji dengannya
adakah kamu percaya beliau akan setia jikalau kamu cacat?
siapakah akan menjaga kamu nanti?
adakah beliau sanggup?
fikirkan siapa yang lebih penting
ada orang sanggup tinggalkan keluarga kerana kekasih
pernahkah kamu berfikir sejenak tentang ini?
PERNAHKAH??

sebelum apa-apa tindakan,
fikiran yang waras amat penting untuk keharmonian hidup masa hadapan
jauhi dadah
ingat orang tersayang,
cuba kamu renungkan
apabila sahabat, chienta, keluarga kamu telah pergi selamanya
pada siapa kamu mengadu?
ingatlah ALLAH
kerana ALLAH segalanya
sebelum keluarga,sahabat, chienta kamu pergi...
hargailah mereka sebaiknya..
berpada-padalah
kerana suatu hari mereka semua akan pergi meninggalkan kita
kita juga...


re.re.nung.nung.kan.kan.lah.lah
.....................


-ingatan tulus ikhlas-bd- 



2 comments: