Follower

Tuesday, March 23, 2010

antara kenangan atau kebetulan...

  • 20 mac- Sekumpulan 25 pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DDM) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah pergi ke Hutan Lipur Sungai Bantang.
  •  Suspek-suspek tersebut dipercayai menaiki empat buah motosikal dan tiga buah kereta. 
  • Dalam keadaan Hujan renyai-renyai, mereka meneruskan perjalanan dengan hati terbuka dan tulus ikhlas. Namun salah seorang suspek tersebut telah 'mengspoiled' mood mereka kerana rantai motosikal suspek tersebut tercabut. Suspek dipercayai dikenali sebagai Y (bukan nama sebenar), telah bertungkus lumus membetulkan rantai moto tersebut. 
  • Syukur, berkat kesungguhan BD (bukan nama sebenar) rantai tensebut telah dibetulkan oleh 2 orang suspek yang lain. Antara nama yang telah berjasa ialah Wan dengan Don. Mereka telah berhenti untuk membaiki moto Y di kedai mak cik (nama kedai di censored untuk keharmonian sejagat).
  • Mereka meneruskan perjalanan selepas itu setelah sume dah settle. Setelah menempuhi liku2 kehidupan yang amat sejuk, akhirnya mereka sampai dengan hujan renyai-renyai membasahi bumi.
  • Setelah itu, bermula lah adegan tangkap-menangkap gambar.
  • Lebey kurang 2 km ke dalam hutan, mereka sampai kat 'port' baek sket.
  • (Ini Bukan Cerita Lucah, Harap Maklum)
  • Port yang dimaksudkan ialah tempat yang baek untuk membakar ayam2 yang telah diperap (rasa macam satay)
  • Suspek-suspek tersebut telah hilang sifat keganasan dan keegoan dan bertukar menjadi kanak2 Renbina. Mereka bermain bola di dalam air dan menjerit2 seperti kanak2 yang disebutkan di atas tadi.
  • Setelah Berhempas pulas menjadi Kanak2 tersebut, agak2 dalam pukul 3 mereka mengemaskan barang2 untuk balik.
  • Namun, langit tak selalu cerah, selipar nike Black(bkn nama sbnr) pemberian BD telah hilang. Selipar tersebut dipercayai lemas dan hanyut dibawa arus sungai yang agak bahaya. Kasihan selipar tersebut.
  • Dalam perjalanan pulang, setelah suspek2 yang membawa motor memecut sehingga x ingat dunia, kejadian yang tidak diingini berlaku, hal ini demikian kerana no plat motor DON yang dibawa BD(bukan nama sebenar) telah gugur satu per satu menyembah bumi. Yang tertanggal ialah plat A,R,1. peristiwa ini amat memilukan.
sekian berita ringkas dari BD

Credit to= BD, YEN, SHAHIR, AMIR, BLACK, ADLY, KOYUM, WAN, AH KUN, EPP, KODI, ALIP, ERO TERANG, MAHMUD, MOK, FAHMI, SAYPOL NIZAN, DAYANG, DON, EMA, ALIN, JAJA

maaf jika cerita ini tidak berkaitan dengan tajuk.

No comments:

Post a Comment