Follower

Tuesday, April 27, 2010

cara2 brenti merrokok@perrokok@penggisap okok


Pertama bahan2 bahaya yang yerdapat dalam rokok
(bacalah sendiri)
kikiki

perokok selalunya sakit tidak bermaya..
tubuh menjadi busuk..
dan tips yang pertama..
jika nak berhenti rokok..
kita perlu sakit..
kerana minda kita akan fokus kepada kesakitan..

4 batang rokok murah ni adalah punca
tips kedua, yakinkan diri anda
yakinkan bahawa jika anda tidak merokok
anda telah dapat membeli kereta mewah
jadi.. rokok adalah punca anda tidak dapat membeli kereta tersebut
terus persalahkan rokok tersebut..
sumpahlah rokok tersebut selama 7 keturunan
kikiki


sebenanya bd telah menjadi perokok seawal usia 10 tahun
bayangkan berapa puluh ratus duit bd telah belanjakan
bd skang tengah demam, sakit kepala
da 2 ari x isap okok
ase2 saham bd da naik kot.. haha
saving banyak giler
(gamba di atas hanya gambaran bd)

berenti rokok sebelum nadi anda berhenti

jangan gelakkan orang yang nak berenti rokok
sapotlah mereka....
bd x tipu
HAdoi... denyut2 kepala ni..

Saturday, April 24, 2010

Dialog Kehidupan


seekor kucin ditemui mabuk.. adakah beliau besalah?

 maka... balak kucin tesebut menuntut bela..

manakala di suatu tempat ... (dirahsiakan atas sebab keselamatan)

manakala di tempat yang lain.. satu kejadian keji belaku.

salah satu sebab kepupusan anak2.. 
tuPai + burun = tut!

situasi sebenar exam...
dimana pensyarah mereka ketika ini?

weng.. weng.. weng..

Wednesday, April 21, 2010

suke3

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau
seumpamanya adalah  harus. Akan tetapi terdapat beberapa
perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya : PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita
seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk
berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti
tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur,
bersuka-suka dan sebagainya. KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti
ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke
peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu)
menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring"
seperti memanggil darling pada pasangannya. Paling tidak, pasti di
dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus,
perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini
adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan
bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila
Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau
tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut
diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada
yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah
ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga
adalah haram. KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita
muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si
lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan
bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan
dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau
setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah
dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku
perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat
pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut.
Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya
berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan
seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan
maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan
kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di
luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita. KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak
menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT)
atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya.
Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki
yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si
perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan
kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya
khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka
beberapa kali dalam seminggu. Cuba
bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat
remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah
pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian.
Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar
selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini
kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27) KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu
kepada perkara yangtidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat
terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan
yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara
marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan
yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang
digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di
hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan
secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang
perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu
dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka
status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku
daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram
Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Friday, April 16, 2010

BeNCi

kebencian..
sesuatu yang lumrah dalam kehidupan..
tanpa kebencian, kemungkinan hidup menjadi cacat..
kerana kebencian merupakan sebahagian dari sifat manusia..


mungkin post2 aku yang sebelum ni x berkaitan dengan kebencian
namun tujuan aku membuat blog ni adalah untuk menzahirkan kebencian aku
kebencian kepada apa2 bentuk sekalipun..
tempat meluahkan rasa kebencian 
suatu luahan kebencian yang dapat dikongsi dan 
mengharapkan sedikit kelegaan selepas meluahkannya...


bukan suka-suka membenci..
bukan pula minta dibenci...
namun lumrah manusia..
mesti mempunyai sifatbenci 
terhadap sesuatu perkara
yang tidak disukai...


memang membenci itu mungkin satu dosa..
tidak dinafikan.. namun ada kebaikan disebalik kebencian
adakah membenci kemungkaran itu satu dosa?
kebencian mempunyai skop yang luas untuk ditafsirkan
namun kita hanya memikirkan kebencian terhadap makhluk bergelar manusia
tidak pula kita fikirkan kebencian terhadap sesuatu perkara yang jahil..


kebencian boleh menjadi parah jika tidak mengawalnya..
sebab itulah kita diajar supaya bersabar dan berfikir dengan waras...
meletakkan sesuatu di tempatnya... adil dalam setiap perkara..
hidup akan sentiasa dalam keadaan tenang dan gembira..

Wednesday, April 14, 2010

Kesedihan Penjagaan Hati yang Kebetulan


Peringatan 18XP: mengandungi piracy content yang boleh menyentuh sensitivity hati. Diingatkan supaya mengambil iktibar dari rencana ini dan tidak mengutuk penulis. Segala yang ditulis adalah benar. Berdasarkan pengalaman dan bukan bertujuan untuk belagak. Adik2 di bawah jagaan ibubapa dinasihatkan agar memakai spek 3D agar efek lebih tidak mengundang kontroversi.





 Kesedihan Penjagaan Hati yang Kebetulan

Pertama skali AKU BUKAN MAT JIWANG!!
ceh, tajuk pon da jiwang..
hahahaha..
walau seganas mane pon kite ni...
msti ada perasaan sayang dekat seseorang..
hanya pompuan yang dapat lembutkan hati lelaki
ayat yang menggelikan.. eeee
hahahaha.

tapi, ape aku cakap 2 betul ma... mana ada tipu2
ak bukan penjual ubat kuat, dvd cetak rompak.. atau P.I.M.P
mane mungkin aku tipu..
ak x cakap benda bodoh..
sebab aku tau... cewah!!
bd x cm2.. (promote)
lagi 1.. aku bukan dokter CHIENTA!!
chienta2 jugak.. tapi agak2 la...
(kuih muih chienta 3 segi tiga 30 darjah ke barat laok)


enjoy2 jugak.. tapi tanggungjawab kne jaga
bukan kapel atas nama..
bukan ntuk suka2
tpi nk rasa tanggungjawab...
mesti korang x paham kn?
hahaha

tanggungjawab yang dimaksudkan ialah
bagi semangat kat awek suruh blaja betul2
kan murni hasrat tersebut?
kalaula sume org kapel pk cm2..
x de la gejala buang anak... kucing meow!3
sebab mase depan lebih penting dari enjoy2..
cam ak cakap td la..
enjoy2 jugak.. tapi mse depan kne jaga
sebab nanti kalau si dia kte x kawen ngan kte pon..
skurang2ny mse depan dyeorang terjamin
skurang2ny kte puas ati..
ada jugak kebaikan yang kite buat  mase kapel

tanggungjawab yg laen seperti, menjadi penjaga ke-2 selepas family
jgn jadi haruan makan anak ek..
sungguh jahak orang sebegitu
tanggungjawab 2 yg akn wat kte puas ati walaupon si dia kadang2 x perasan 
kebaikan yang kte wat..
sedey je ayat  ;-(

(gambar menunjukkan aku sedih).. sungguh pilu

kadang2 kite perlu abaikan perasaan kte untuk jaga ati mereka
konfem 100% betul kan?
sebabnya...
kte x nk lukakan ati mereka yang kite syg
kadang2 perlu tipu jugak
bukan sebab saja2
sebab syg..
kalau si dia dapat trime ok la...
lau kne prangai dye lebih2 sentimental cket.. (cm awek ak) huhuhu
haaaa.. kn da gadoh
mulela x dpt blaja..
x pasal2 hati tebelah dua.. kesian

(gamba menunjukkan x-ray hati sedih)

ak crite bedasarkan pengalaman....
bukan nak belagak
bukan style ak nk blagak2 ni..
mungkin korang pk ak ni gedik
hahaha..
skeati korangla.. ak x dpt wat ape2
yang perlu ditegaskan di cni.. BD bukan gedik @ mat jiwang
sbb ati manusia undipined
mr. loko kata (kiikikiki)

pepatah BD penah menyebut bahawa
'berkongsi pendapat lebih baek dari mengumpat'
hahaha..
ble mase bd jd ahli sasterawan?
semua ini mungkin menjadi miNSteri.....

(maaf sebab out of topic)
ak sambung agi ek...

macam jaga ati member jugak...seakan2 jaga ati awek..
kadang2 kte tepaksa ketepikan awek sendri walopon kte lebih syg awek dari member..
sume ni sebab tanpa member..
KTE KOSONG
bagi ak x de awek bley trime ag la...
LAU X DE MEMBER??
makneny sejenis dengan KERA SESUMBANG..
mintakjauh ek..
kera adalah sejenis binatang penghinaan...
nk ke jadi cam kera2 tesebut?
hahaha..

(gamba di imagine oleh penulis)

kongklusion di sini adalah...
jagalah ati orang yang kte sayang
camner lau orang yang kte sayang da x de esok?
penah korang pk?
hargailah time masih ada..
walopon kte kdg2 tepaksa ketepikan perasaan sendiri
anggaplah pengorbanan yang x penah diketahui oleh orang awam
 sedih lagi...

bd sebenanya berhati halus...cepat sedih tapi x penah nangis..
hehehe.. kire tabah la... (market2) hahaha
 (gamba time frust) 

jap2.. watpe ak cite benda ni?
hahaha 
boring punye pasal.. ok la 2...
pesanan ikhlas
jangan ubah persepsi korang terhadap aku..
ak nk tekankan kat cni skali ag..
AKU X GEDIK, MAT JIWANG, JAMBU, MAT CINTAN, MEGI CINTAN and etc.
(muke zaman muda2)

copyright protected 20101404
bd entertainment.co
reserves doing-doing company


Tuesday, April 13, 2010

sambungan dokumentari- "indie band malaysia_ the truth"



INDIE BAND malaysia_THE TRUTH

topic paling celaka..
Pemilihan tajuk di atas bukanlah sebab aku
terlalu minat atau "kipas susah mati" indie band ni
bukan juga aku seorang budak indie
pakai cam bdk2 sampah
layan lagu indie
semua tentang indie
TIDAKKK!!
I HATE INDIE BAND MALAYSIA
baek ak layan sheila majid
hot cukup..
haha

-tHe tRutH-
aku pon minat indie band sbenanya
TAPI BUKAN INDIE BAND MALAYSIA
aku minat cam antarabangsa band
antaranya
THE HIVES
THE KILLERS
OASIS
RADIOHEAD
dan sebagainya
bukan aku benci orang sendiri,
bukan aku terpengaruh ngan budaya barat.
bukan sebab aku belagak, tak sapot orang sendiri
bukan jugak sebab aku sengal, cilakak, belagak sekali lagi,
BUKAN!!
sebabnya dyeorang ada identiti sendiri.
pure indie x de tiru2
aku da letih dengar lagu indie band malaysia yang ntah ape2
lagi2 budak2 baru nak up fanatik gle...
cam bodoh

selalunya budak2 baru nak naek (bdk2 baru nak up)
yang layan indie band malaysia ni..
cam budak2 sekolah
tengok makcik2, ade layan indie?
lau tanye siti nurhaliza?
konfem kenal pnye.. haha
(0ut 0f topic, sorry)



music yang dye orang bawak  tu sketul tiru band2 barat
ape kes??
x de identiti sendiri?
eh.. g mamposla lau stakat nak tiru...
ak pon bley wat band
CILAKAK!!


Bagi penggemar indie band malaysia
mereka kata support local music
HAMPEH!!!
nak sapot camner lau PENIRU!!!
lagu ntah ape2
x de motif yang khusus macam trademark dye orang
JIWA KACAW
haha.. pegi mamposla jiwa kacaw pon
ade ak ambik port?

(maaf lau menyinggung perasaan anda)
memangla definisi indie tu murni..
maknenya bebas
bergantung pada diri sendiri
tapi konsep indie band malaysia tu sendiri da tiru
camner nk maju lau kite tiru??
cam tiru dalam exam..
sape yang bodoh skang?
PENIRU LA..

bila dilihat dari segi...
cara pemakaian mereka cam orang bodoh
seperti SAYA SAYANG MAK SAYA, APA PANDANG2 KALAU SUKA CAKAP SUKA
ntah apela dye orang wat t-shirt cm2
malula orang tengok.. cam budak tadika
hahaha
memangla dyeorang bangga dengan pemakaian cm2
tapi dye orang x tau pon ape sebenanya indie band ni..
yang dye orang tau.. bebas je
budus
pakai pelik2, knowledge 0 x ley pegi jauhla brader.
apela nk jadi ngn budak2 skang ni
yang aku kisah sangat ni sebab budak2 MELAYU yang lebih2
aku tengok budak cina ngan india relax je menjalani kehidupan dengan steady
bdk2 ni x pk ke ap yang bangsa lain akan pk?
x malu???

nak tau kenape aku fakk sangat ngan indie band malaysia ni?
memangla x sume tiru
tapi cm kata pepatah
sebab nila setitik
rosak susu sebelanga
sebabnya...
  
i) menjatuhkan maruah melayu
ii) bodoh, sape suruh tepengaruh
iii)x malu pakai baju cam orang bodoh
iv)tak ade identiti sendiri
v)PENIRU!!!

yang kelima ak paling x leh terima..
PENIRU!!!

kite orang melayu
walau kite kaler rambut warna hijau ke,
merah ke... purple ke..
kite tetap orang melayu
ubahla ape2 pon
bila dah nama melayu
x kan kemana
TETAP MELAYU!!!!

so.. fikirlah
up 2 u..
nk marah pon marahla..
peduli apa aku?
ni pendapat aku je.


-sekian-
ikhlas dari bd



Monday, April 12, 2010

rahisia (rahsia kebongkaran)

RAHSIA!!!

Semua mesti mempunyai rahsia
kita tidak bodoh @ bangang @ silakak @ .....(censored) 
(opps.. maaf sebab terlalu marah)
untuk mededahkan rahsia kita
rahsia tetap rahsia
namun rahsia boleh dibongkarkan jika seseorang tesebut 
dipercayai oleh perahsia

atas sebab inilah tajuk entry ini rahisia (rahsia kebongkaran)

rahsia merupakan perkara sulit yang dirahsiakan oleh seseorang
rahsia juga merupakan perkara yang disembunyikan oleh seseorang atas sebab:
keselamatan
kemaluan
kemahuan
kesukaan
dan sebagainya..

aku tulis bukan sebab nak dedahkan rahsia aku kat sini
jakalau betul...
maka teserlahlah kebodohan, kebangsatan, keegoan, kegedikan aku
aku pon da rase gedik2 skit skang ni sjak maen blog.. 
hahaaha..

berbalik kepada rahisia
rahsia anda yang mengaibkan, yang boleh mendatangkan kemaluan, mengugat keselamatan 
tidak perlulah dibongkarkan
sebab;
sapela yang mangkuk nk publish rahsia dye kat orang?
sungguh x bertamadun orang tesebut
sungguh memalukan
dye ingat dengan publish rahsia dye dapat menghebatkan diriny?

namun rahsia ini tiada kena mengena dengan hidup aku, korang, 
dan sebagainya
rahsia ini sudah lama terbongkar..


rahsia yang sudah lama terpendam ialah..





deragon ball ada 7 biji semuanya


kikikiki..



BENARKAH masih berbeza "aku" ???

Masih di tajuk boring..
meow.. (bunyi kucing)
tajuk masih lagi tidak berkenaan dengan kandungannya.. (out of topic)
aku masih aku yang dulu..
masihkah?

BENARKAH??
Dulu, kegilaan menjadi2
hanya fikirkan keseronokan..
ter'lupa' tanggungjawab sebagai anak
tanggungjawab sebagai pelajar
tanggungjawab sebagai...
manusia bernama
HAMBA.

BENARKAH??
aku pernah mengecewakan mak dan ayah
cikgu disiplin aku cakap aku ada potensi sebab aku bijak
tapi kalau x de disiplin
aku x dapat pegi jauh
hancur

BENARKAH??
dapat masok u pon da kire betuah sangat2
sebenanya x nak pegi
sebab jauh sangat..
cian mak bapak..
aku bukan orang kaya..
jauh giler... dari kelantan ke johor
uuuiiihhh... 
hehe

BENARKAH??
Hidup makin hari makin blurr...
"semakin bertambah hari,semakin bertambah blur diri aku sendiri"
hipotesis yang dapat diterima akal
masihkah aku di jalan yang benar?
menuju punchak?? (fakk af)
ngeeee...

BENARKAH??
sekarang tak tau apa yang aku kejar
harta?
perempuan?
pelajaran?
kuih muih?
nasik lemak?
blur...

BENARKAH??
Bak kata budak2 indie band..
JIWA KACAW
haha.. mengarot je dyeorang ni..
sampah masyarakat..

BENARKAH??
x tau apa nk cakap sbb blur...
x dapat pastikan identiti aku sape
awekku cakap aku da brubah..
BENARKAH??
BENARKAH??

bd tetap bd
zahin masih zahin
tapi..
masa menentukan segalanya
manusia berubah mengikut masa
BENARKAH??
heee..

kebenaran selalu menang..
namun..
x semestinya

Thursday, April 8, 2010

apabila kemboring...




manusia tidak dapat lari dari keboringan atau nama saintifiknya
BOSAN
PUAS
SILAKAk
dan sebaginya..


bila boring
x tau nak wat apa
isap rokok

bila rokok abes
maen gitar
boring jugak

nak study?
jangan harap
baek rilek2

rilek2 betambah kompleks
boring jugak
bukak facebok

boring jugak
nak round2 bandar x de motor
dok dalam bilik cam anak dara

nak bermanje ngan bini
bini da tido
letih katenya


sabar lagi
terus sabar
3x sabar =
sabar sabar sabar

tu yang mampu dibuat
x tau nak wat apa
nak tido
x ngantok ag

nak maen game
boring
laptop murah
jalan2 bilik membe
boring jugak
apa perlu dilakukan?

dengar lagu
lame2 boring
sumenya boring

cam idup diikat dgn boring
buat tu boring
buat ni boring


sungguh boring
namun disebalik keboringan tesebut
pernah aku terfikir

camner orang yang x cukup masa nak wat keje?
camner orang yang menghitung hari2 kematian sebab sakit?
camner orang yang kejar masa untuk siapkan sesuatu?

hargailah masa..
SyUKURlah selagi Hayat dikandung BaDan
batlah apa yang patut dibuat
kalu boring jugak nak wat camner?
pk la sndri..
fikirkan apa yang befaedah


haih... boring jugak nih.. haha..



apela nak jadi ngan aku..

Friday, April 2, 2010

wiiiiiduri~weeeduri


tajuk di atas tiada kena mengena dengan yang hidup
sebab tiada motif yang khusus untuk diberi
namun kehidupan perlu diteruskan

mari berfikir sejenak tentang kehidupan kita
adakah kita sedang di jalan yang betul untuk mencapai cita-cita?
adakah kita berusaha keras untuk mencapai cita-cita tersebut?
persoalan lazim yang biasa ditanya apabila memuhasabah diri
apakah kita cukup bagus untuk mencapai cita-cita tersebut?
mungkinkah cita-cita tersebut dapat direalisasikan
hanya dengan usaha kita sekarang ini?

apabila ditanya tentang chienta
(aku bukan mat jiwang.. huhu)
tidakkah chienta mengganggu tumpuan kamu untuk mencapai cita-cita?
chienta untuk segala-galanya bagi seseorang yang obses
namun penahkah kita terfikir tentang akibat chienta?
kemungkinan untuk kamu gagal itu banyak
kerana chienta lelaki-lelaki sanggup bergaduh
kerana chienta perempuan-perempuan putus sahabat
kerana chienta pelajaran entah kemana
(p/s untuk orang yang obses dan x dapat mengawal perasaan)

apabila bertanya tentang sahabat
adakah kamu sahabat terbaik?
adakah kamu memilih sahabat yang betul?
adakah kamu sanggup buat apa sahaja demi sahabat?
atau lebih spesifik adakah kamu sahabat sejati?
persoalan yang akan tiba-tiba menerjah apabila kamu keseorangan
ketika kamu di perantauan
tiada ahli keluarga yang terdekat
tapi perlu diingat
sebaik mana kamu bersahabat
apabila kamu terlantar sakit, sahabat  yang paling baik pun
hanya menjenguk sekali dua
siapakah yang bersusah payah menjaga kamu nanti?

inilah kepentingan keluarga kepada kamu
sebaik mana kamu bersahabat
setulus mana kamu bechienta
apabila kamu sakit terlantar nanti
hanya keluarga yang akan menjaga kamu siang malam
hanya keluarga yang risau tentang keadaan kamu
kekasih?
jikalau kamu cacat
adakah beliau akan setia pada kamu?
walaupun kamu pernah berjanji dengannya
adakah kamu percaya beliau akan setia jikalau kamu cacat?
siapakah akan menjaga kamu nanti?
adakah beliau sanggup?
fikirkan siapa yang lebih penting
ada orang sanggup tinggalkan keluarga kerana kekasih
pernahkah kamu berfikir sejenak tentang ini?
PERNAHKAH??

sebelum apa-apa tindakan,
fikiran yang waras amat penting untuk keharmonian hidup masa hadapan
jauhi dadah
ingat orang tersayang,
cuba kamu renungkan
apabila sahabat, chienta, keluarga kamu telah pergi selamanya
pada siapa kamu mengadu?
ingatlah ALLAH
kerana ALLAH segalanya
sebelum keluarga,sahabat, chienta kamu pergi...
hargailah mereka sebaiknya..
berpada-padalah
kerana suatu hari mereka semua akan pergi meninggalkan kita
kita juga...


re.re.nung.nung.kan.kan.lah.lah
.....................


-ingatan tulus ikhlas-bd- 



Thursday, April 1, 2010

KebenciaN @ DendaM

  • Berdasarkan tajuk yang dinyatakan, kandungan di bawah mungkin x 'segempak' tajuk tersebut.
  • Apa yang kita akan lakukan bila membenci seseorang?
  • Aku nak cerita apa aku buat bila benci akan seseorang 
  • Benda ni memang memboringkan, atas sebab.. nak kongsi ngan korang.. aku tulis je..
  • Benda first yang aku akan buat ialah... memutuskan semua hubungan aku dengan dye..
  • * benda ni bila dah x dapat ditanggung lagi kebencian tersebut.. kalau  korang dapat tahan lagi... jangan wat camnie.. x baik.. huhu


  • Kedua, sebab untuk membenci orang tersebut mestilah kukuh, antaranya:
.:perangainya yang buruk:.
.:ramai orang membencinya:.
.:kalau korang dah alami sendiri perangai beliau:.
.:dan banyak lagi yang korang boleh fikir bile benci orang:.

  • Ketiga, aku x akan bersua dengan beliau atau mengelakkan jumpa ngan beliau..
  • benda ni sebab, sekali terjumpa.. +1 benci...
  • 2x terjumpa.. 2x benci... sifir tersebut akan berterusan sehingga...
  • kita betul-betul meluat dengan muka dan perangai beliau.
  • Jadi, elakkan terjumpa atau saja2 bersua dengan beliau..
  • Hal ini untuk menjaga keharmonian penduduk sekitar dan kemakmuran sejagat..